Monday, April 4, 2011

usaha ke arah kecemerlangan akademik












Usaha pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan anak didik Hutchings sentiasa mendapat keutamaan dan tidak akan dibelakangkan untuk hal lain yang kurang penting. Walau pun pencapaian kami tidak seberapa namun kami dalam haluan yang betul.

Tuan/puan mungkin tertanya-tanya bagaimana keputusan SPM kami utk 2010 yang baru-baru diumumkan.


Tiada yang luar biasa ...

Keputusan SPM 2010 mencatatkan peningkatan 16.94 % (berdasarkan % BM iaitu yang layak dapat sijil)

daripada 16 mata pelajaran, 12 mata pelajaran mencatatkan peningkatan dan 2 mata mata pelajaran mencatat 100% kelulusan.

% pelajar yang lulus semua mata pelajaran juga meningkat dari 6% ke 14.55%

% pelajar yang lulus sekurang-kurangnya 5 mata pelajaran meningkat dari 44% ke 55.91%

keputusan terbaik adalah 4A, 1B

GPS SPM dari 7.79 ke 7.26.

Mesyuarat Kurikulum 2 telah diadakan pada 2 April 2011 untuk mencari jalan utk meningkatkan prestasi akademik ke peringkat yang lebih tinggi lagi khususnya 4 mata pelajaran yang tidak meningkat itu. (disertakan bahan mesy. kurikulum berkenaan utk rujukan tuan)

6 guru tidak dapat menghadiri mesy tersebut atas sebab tugas rasmi di luar sekolah dan cuti, mereka akan saya berikan taklimat khas tentang mesy. kurikulum 2 pada hari esok iaitu 5 April 2011. Dengan ini diharapkan mereka tidak tercicir daripada usaha arus perdana sekolah utk meningatkan prestasi akademik.

Semoga program STA+R akan meniupkan semangat yang lebih kental di kalangan guru saya utk berusaha mencapai visi sekolah.

kami akan sentiasa mengutamakan kejayaan anak murid kami.

sekian harap maklum buat seketika ini,

No comments:

Post a Comment