Thursday, March 24, 2011

mesyuarat agung PIBG smk Hutchings

Semua ibu bapa dan waris adalah dijemput menghadiri MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU yang akan diadakan pada 26 MAC 2011, jam 2.30 petang di Dewan SMK Hutchings.

Tuan/puan, semakin kita rapat dan mengambil tahu akan aktiviti anak-anak kita di sekolah semakin tinggi peluang kejayaan anak-anak kita. Datanglah beramai-ramai sekeluarga untuk menunjukkan kita komited terhadap kebajikan dan masa depan anak kita.

Pada majlis tersebut juga, Pengetua akan memberi penjelasan tentang program Celik Ilmu dan Kelas Tambahan yang akan dijalankan untuk meningatkan prestasi akademik anak-anak kita.

Sambutan dan kehadiran tuan/puan saya dahului dengan ribuan terima kasih. Marilah kita sepakat mencari jalan dan ikhtibar untuk melonjakkan kecemrlangan anak-anak tuan/puan. bantulah kami membantu anak tuan/puan.

salam sejahtera dan salam Hutchings.

No comments:

Post a Comment