Sunday, January 20, 2013

penjaminan kualiti PBS

Dalam usaha memastikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan dengan penuh integriti dan kredibiliti, barisan guru telah dijemput balik ke sekolah pada 12 Jan 2013 untuk bermesyuarat dan lawatan ke bilik PBS. Usaha penjaminan kualiti yang merangkumi Pengesanan, Pemantauan, Penyelarasan dan Pementoran telah diperbincangkan dan perancangan aktiviti sokongan disediakan.Kesahihan dan kebolehpercayaan proses, instrumen dan pengurusan eviden PBS juga didalami dalam perbincangan.Mesyuarat diakhiri dengan lawatan ke bilik PBS sekolah supaya semua guru memahami SOP pengurusan dan penggunaan bilik PBS.

Ilmu sudah ada, kemahiran telah dilatih kini tinggal sikap penentu keberkesanan pelaksanaan.

No comments:

Post a Comment