Sunday, July 18, 2010

kepimpinan melalui teladan ... pembinaan modal insan



Unit Beruniform merupakan satu aspek penting dalam pembinaan insan yang mulia kerana banyak aspek kemahiran hidup akan diperturunkan kepada pelajar melalui aktiviti yang terancang. Demi memastikan Unit Berunform dapat memainkan peranannya dengan berkesan dalam agenda sekolah untuk menghasilkan " Man Of Honour", pihak sekolah telah menganjurkan Kursus Asas KRS untuk semua warga pendidik dengan kerjasama JPA 3 dan askar wartaniah. Kemahiran kepegawaian dan pengurusan KRS menjadi agenda utama supaya para pendidik bersedia untuk ditauliahkan nanti pada hari Rabu, 28 Julai 2010. Majlis ini akan disempurnakan nanti oleh Yang Berusaha
En. Mohd Jamil b. Othman, Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment