Sunday, July 18, 2010

insan yang seimbang



" Badan yang sihat menghasilkan otak yang cerdas"
Selaras dengan Fasafah Pendidikan Negara, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan tuntutan Transformasi Pendidkan yang sedang berlangsung, pihak sekolah telah melaksanakan arahan memupuk dan membina insan yang seimbang. bulan kecergasan telah dilancarkan pada 16 Julai 2010. Latihan senamrobik di bawah pimpinan juru latih jemputan ( Cik Ermy dan Cik Terty)
telah diadakan sebagai aktiviti permulaan selepas upacara pelancaran oleh Pengetua sekolah. seluruh warga sekolah bersenamrobik selama 1 jam sebelum meneruskan tugasan harian pada 16 Julai 2010.
Semoga kesedaran dan penghayatan tentang kepentingan kecergasan diri akan berkembang dari sini serta menjadi amalan hidup dan seterus membantu meningkatkan produktiviti kita.
Semoga sekalian sentiasa sihat walafiat.

No comments:

Post a Comment