Wednesday, June 1, 2011

LAWATAN BERFOKUS KE NEGERI KEDAH

Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita balas jasa.

Seramai 40 orang murid telah dipilih untuk melancong ke negeri Kedah pada 30 Mei 2011 sebagai anugerah dan motivasi kepada mereka kerana telah menunjukkan elemen " Man Of Honour" dalam perwatakan mereka. Syabas dan tahniah. Semoga murid lain juga akan terdorong untuk mencontohi yang terpilih supaya mereka juga akan turut dipilih dalam lawatan-lawatan akan datang.
Rombongan yang diketuai oleh PK Petang, En. S. Rajoo a/l Samuvael ini dibantu oleh En. Mohd Junaid B. Mohamed Kassim, En. Teh Keng Ee dan En. Mohd Izzudin B. Md Ariff.
Semasa lawatan ke Kedah mereka telah mengunjungi Muzium Arkeologi di Lembah Bujang, Rumah Mahathir, Muzium Padi, dan Pusat Sains Negara.
Terima kasih cikgu dan juga pengusaha pakej yang telah membawa rombongan ini pergi dan balik dengan selamatnya.



JASA MU DIKENANG.

No comments:

Post a Comment