Tuesday, August 10, 2010

Latihan dalam perkhidmatan



Hidup seorang pendidik merupakan satu perjalanan yang jauh, penuh dengan cabaran dan dugaan sepanjang perjalanan dan memerlukan kekuatan mental yang kental untuk menuju destinasi kita. Oleh yang demikian setiap pendidik mesti memastikan dirinya dilengkapi dengan bekalan yang mencukupi dari segi sikap (nilai), ilmu dan kemahiran untuk membantu diri mengharungi segalan rintangan yang bakal dihadapinya.
Golongan pendidik sekolah ini berpeluang untuk menambah ilmu dan kemahiran serta perkukuhkan azam untuk berkhidmat sebaik mungkin apabila di bawah payung Jawatankuasa Briged Komuniti Sekolah Menengah Kawasan Padang Kota satu LDP telah diadakan pada 24 Julai 2010 bertempat di Dewan SEAMEO, RECSAM.
Syabas cikgu! teruksan berkhidmat untuk membina modal insan dan negara bangsa.

No comments:

Post a Comment