Thursday, May 6, 2010

berita semas ... 6 mei 2010









Pengurusan PSS ke arah pencapaian visi sekolah.

Kecemerlangan sesuatu organisasi memerlukan pengurusan 4 faktor berikut dengan cemerlang, iaitu kepimpinan yang dinamik, sistem kerja yang mantap, penyampai perkhidmatan yang cemerlang, dan program penyediaan pemimpin pelapis yang berkesan. PSS SMK Hutchings di bawah Pn. Devakunchari telah merancangkan dan melaksanakan Kursus Pengawas PSS pada 6 Mei 2010 supaya tahap kecekapan dan keberkesanan mereka dapat dipertingkatankan. Pn. Salawaty Bt. Abdul Shukur dan Pn. Nor Mazrah Binti Haharum dari PKG Dato Keramat telah dijemput untuk mengendalikan kursus tersebut.
PSS yang berkesan akan membentuk budaya pembelajaran yang positif dan berkekalan di kalangan warga sekolah. Syabas kepada semua Pengawas PSS yang mengikuti kursus tersebut, semoga ilmu yang diperoleh itu digunakan untuk kebaikan diri dan membantu orang lain.

No comments:

Post a Comment