Tuesday, March 23, 2010

jasa mu dikenang ... sambutan jubli perak


tuan/puan,


bagi pihak seluruh warga Hutchings, saya ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih ke atas kepercayaan dan sokongan tuan/puan kepada SMK Hutchings ketika kami baru melaksanakan Projek Ceriathon sempena sambutan Jubli Perak sekolah ini.


diharap pihak tuan/puan akan sentiasa membantu dan memberi cadangan bagaimana kami oleh melonjakkan kecemerlangan sekolah ini demi kebaikan anak murid kami.


acara kemuncak sambutan Jubli Perak adalah Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah pada bulan September nanti. Jom hebohkannya!


Acara Menarik akan datang bulan ini (Mac.)


1. saringan sukan olahraga sekolah bertempat di Padang SMK St. Xavier, 24 Mac 2010.

2. Mesyuarat Agung PIBG SMK Hutchings: 27 Mac 2010,2.30 petang, Dewan SMK Hutchings

3. Jamuan Makan Malam Sambutan Jubli Perak anjuran bersama Persatuan bekas Pelajar & Sekolah, 27 Mac 2010, 7.30 mlm, tapak perhimpunan sekolah. (RM 30.00 seorg). berminat hubungi En. Loh Kit Mun, tel: 016 4313935, En. Baskaran a/l Karuppiah (PK Pentadbiran), Tel: 016 4577474

4. ceramah AaDK dari Polis Central & Pameran Keselamatan di sekolah anjuran Unit HEM SMK Hutchings.


salam hutchings dan semoga tuan/puan sentiasa diberkati Tuhan.



saya yang menurut perintah,


Pengetua,

SMK Hutchings

No comments:

Post a Comment