"Sesungguhnya Tuhan tidak akan memperbaiki kedudukan sesuatu kaum selagi kaum itu tidak berusaha memperbaikinya sendiri."
Dengan kerjasama Media Prima Berhad melalui Projek PINTAR, Ceramah Motivasi untuk pelajar PMR diadakah pada 15 Julai 2010, bertempat di Hotal Cititel, Georgetown. Diharapkan program ini boleh memberi perangsang dan hala tuju yang lebih jelas di kalangan pelajar khusus PMR. Seperti yang saya katakan semasa ucap balas di Cititel, pihak sekolah telah mendapat banyak manfaat daripada usahasama ini dengan Media Prima Berhad. Kepercayaan dan pelaburan Media Prima Berhad tidak harus dibalas dengan tepukan tangan sahaja tetapi melalui hasil kerja yang membuktikan hasil pelaburan ini adalah tepat sekali.
" Orang berbudi kita berbahasa, Jika Media Prima memberi kita kena berusaha"
Terima Kasih Media Prima Berhad ... Jasamu Dikenang.
Salam dan penghargaan juga ditujukan kepada Pn. Eliza Mohamad dan Cik Sofiah serta Tuan Penceramah : Tn. Hj Mohamad Zakaria
Semoga sekalian sentiasa dirahmati Tuhan.
No comments:
Post a Comment